Animated Cool Shiny Blue Pointer Faez blogspot: Tujuan manusia hidup di Dunia

WAKTU SOLAT

Tuesday, May 8, 2012

Tujuan manusia hidup di Dunia



Setiap anggota badan kita termasuk mata, telinga, kaki, tangan, hidung dan lain-lain dicipta bukan dengan sia-sia, tetapi ada tujuan dan hikmatnya. Kalau tiap satu anggota itupun dicipta ada tujuannya, apatah lagi kehidupan kita secara keseluruhannya tentu sekali mempunyai tujuan yang besar pula. Tujuan dan hikmatnya yang sebenar kita tidak akan ketahui melainkan dengan pemberitahuan daripada Penciptanya sendiri, kerana Ia mencipta sesuai dengan kehendak-Nya, tiada seorangpun mengetahui apa yang dikehendaki-Nya di sebalik penciptaan tersebut kecuali diberitahu-Nya.

Ketahuilah, bahawa kita manusia akan terus berjalan dan bergerak sebagaimana orang-orang yang mendahului kita menuju kepada destinasi yang telah ditetapkan, berpindah dari alam dunia ini seperti mana berpindahnya dari alam rahim ibu yang sempit dahulu ke alam dunia yang luas saujana. Tahukah kita ke mana berakhirnya kita? Apakah yang menunggu kita selepas kematian nanti ?

Kita pasti akan dihisab dan disoal-siasat di hadapan Pencipta yang menghantarkan kita ke dunia ini~ Setiap amalan yang dikerjakan pasti akan mendapat balasan~ Namun begitu, manusia tidak mungkin mengetahui kerja-kerja atau amalan yang disukai penciptanya, bagaimana pahalanya dan juga amalan atau kerja yang dimurkainya serta balasan seksaannya kecuali dengan melalui ajaran dan petunjuk-Nya.

By Faezuddin~ ('',)

No comments:

Post a Comment