Animated Cool Shiny Blue Pointer Faez blogspot: Jodoh Buatku

WAKTU SOLAT

Wednesday, May 23, 2012

Jodoh Buatku

Sila baca komik ini dari sblah kiri & kebawah dahulu, seterusnya 
baru sebelah kanan~ Syukran jazilan...(^^,)

Kita semua percaya jodoh kita memang telah ditetapkan dan ditentukan~ Namun jika hanya percaya tanpa ada usaha memang tak berjodoh la jawabnya. Jadi USAHA adalah sebenarnya yang diperlukan untuk merealisasikan impian memiliki sebuah keluarga, bukan hanya berpegang kepada Jodoh semata2.

Sebut pasal USAHA, memang ramai muslimin dan muslimat kita menganggap semua usaha untuk mendapatkan Jodoh itu adalah sebagai menghampiri zina. Memang hampir semua usaha berkaitan dengan jodoh ini melibatkan zina2 kecil bahkan boleh menjadi besar namun tak semua jenis usaha itu tergolong dalam kumpulan zina kecil dan besar tersebut.

Sebagai contoh, untuk yang lelaki, apabila ingin mengenali seseorang wanita itu, boleh menggunakan orang tengah yang terdiri daripada ahli keluarga wanita itu sendiri terutama parent or abg n kakak mereka untuk bertanya lebih lanjut berkaitan dengan wanita tersebut. Seterusnya orang tengah tersebut yang akan memberitahu sendiri kepada wanita terbabit bahawa lelaki ini ingin berkenalan~ 

Contoh untuk wanita pula, tak salah untuk memberi sedikit hint2 atau clue (seperti senyum tersipu2 pabila tertembung, cubaan mengelak pandangan diikuti nyuruk diblakang badan kawan pastu curi2 nengok dan apa2 yang sewaktu dengannya) untuk si dia memahami sedikit perasaan anda secara tersirat. Perlu diingatkan, hint tersebut perlulah diberi ketika tidak ramai orang yang berhampiran dengan anda dan hint tersebut bukanlah “jawapan” bagi perasaan anda kepadanya, ianya hanyalah sekadar hint, atau clue sahaja (jangan berlebih sudah la ). Cukuplah sekadar memberikan sedikit perlakuan tersirat~

Setelah berusaha, ingatlah kepada ungkapan ini~

SEKUAT mana kita SETIA~

SEHEBAT mana kita MERANCANG~

SEJAUH mana kita MENUNGGU~

SEKERAS mana kita BERSABAR~ 

SEJUJUR mana kita MENERIMA DIRINYA~
Jika ALLAH Telah Menulis Jodoh buat kita~
Kita Tetap Tidak Akan Bersama~
Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang~
Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t.~

1 comment:

  1. Nak wang tunai dan juga byk lagi hadiah sehingga 50 org pemenang jom..

    http://www.mahamahu.com/2012/05/contest-mahamahucom-anda-mahu-2012.html

    ReplyDelete