Dua biji benih telah jatuh ke tanah yang subur. Benih pertama berkata " Aku nak tumbuh membesar. Aku mahu julurkan akarku jauh kedalam bumi dan tubuhku memanjang menolak tanah hingga keluar ke permukaan bumi. Aku mahu rasai kehangatan cahaya mentari dan kedinginan titisan embun di pagi hari yang berjatuh ke kelopak bungaku~"
Dengan izin Allah dan berkat kesungguhan serta keazaman, biji benih itu terus tumbuh lalu membesar , menjengukan mukanya melihat dunia dan merasai dinginnya titisan embun.
Biji benih kedua yang jatuh ke tanah pada hari yang sama berkata " Aku takut. Jika aku julurkan akarku ke dalam bumi, aku tidak tahu apa masalah yang bakal menimpa ditempat yng gelap itu. Kalau aku menolak tanah yang keras di atas tubuhku, mungkin aku akan mencederakan batang tubuhku sendiri~"
Biji benih itu terus menunggu hari yang difikirkannya sesuai dengan perasaan takut dan ragu-ragu. Tiba-tiba datang seekor ayam mengais-ngais tanah. Ayam tersebut terjumpa dengan biji benih berkenaan lau terus mencatuk dan memakannya. Akhirnya biji benih yang kedua itu dimakan oleh ayam~
Apa yang dapat saya simpulkan dari cerita ini, kita haruslah berani untuk menerima perubahan. Allah telah berfirman~
Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
(Faatir 35:41)
Meskipun segala yang berlaku telah ditakdirkan Allah, tak bermakna kita tidak perlu berusaha dan hanya menunggu berharap takdir dari Allah s.w.t sahaja. Sesungguhnya Allah akan mengubah nasib seseorng itu jika dia berusaha untuk mengubahnya. Firman Allah yang berbunyi
Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(An-Nisaa' 4:32)
Oleh demikian, berani diri dan elakan bersikap was-was. Kerana perasaan was-was itu adalah salah satu amalan syaitan~ ('',)
No comments:
Post a Comment