Animated Cool Shiny Blue Pointer Faez blogspot: Tempatkan Cinta Dihati kapada Allah

WAKTU SOLAT

Saturday, May 5, 2012

Tempatkan Cinta Dihati kapada Allah





Iman yang kuat & yakin pda Allah seharusnya dipahatkan didalam hati~ Bukan sekadar menulis kata2 manis di wall post sahaja, tanpa memahami & mengamalkan apa diperkatakan. Janganlah menulis post yang manis hanya semata-semata untuk mendapatkan perhatian atau 'likes' orang ramai~

Bersabarlah apabila menghadapi kriktikan~ Selagi kita berada dia jalan kebenaran Insyallah ia akan terus menjadi benar walaupun diserang kebatilan. Namun kebenaran juga jarang-jarang mahu diterima sebagai benar jika tidak disampaikan dengan bahasa yang sopan & rasa hormat. Meskipun berada di pihak yang benar sekalipun, tetapi jika kasar dalam memberi teguran, menjadi akhlak teguran menjadi salah. Akibatnya ramai yang akan memperlekehkan apa yang kita katakan, serta tidak akan ambik peduli dengan apa yang kita sampaikan~

Menulis dengan baik juga termasuk dalam akhlak mulia~Tulisan yang merugikan diri sendiri dan orang yang membacanya umpama tulisan yang memaki hamun atau menghina orang lain. Elakan menulis perkataan yang yang kasar meskipun untuk sekadar teguran, gunakalah bahasa yang sopan dan lemah lembut. Fikirlah bagaimana untuk menyusun aksara yang tidak besuara sebagai pengganti diri agar apa diperkatakan dapat disampaikan kepada orang lain~

Meskipun mahu berdakwah, cubalah menulis ia dengan baik~ Biarlah tiada yang memberi komen ataupun menyukai apa yang kamu tulis, menulislah dengan niat yang Ikhlas~
Selagi apa yang kita tulis itu benar, InsyAllah kita akan dapat ganjaran darinya~

By Faezuddin~ ('',)

No comments:

Post a Comment