10 sebab bagaimana Mat Rempit boleh masuk SYURGA~
1. Seandainya mat rempit bertaubat & mereka berazam betul-betul untuk tidak buat lagi perbuatan yang sia-sia dan berdosa. Insya Allah, mereka akan masuk Syurga kerana Allah suka kepada golongan yang bertaubat setelah sedar dari melakukan kesalahan.
2. Jumlah mat rempit di Malaysia sahaja sudah mencecah ribuan orang. Daripada mereka kamikaze di jalan raya, baik mereka melakukan ‘amali istisyhadiah’ atau dihantar jihad di Palestin.
3. Menghantar pesakit ke hospital. Ini mungkin tidak sesuai untuk pesakit yang tidak sedarkan diri. Antara ‘basic knowledge’ bagi seorang Mat Rempit ialah, CILOK. Kadang-kadang kesian melihatkan ambulan yang tersekat di dalam kesesakan jalan raya. Dengan bantuan Mat Rempit, insyaAllah lebih ramai nyawa yang akan diselamatkan.
Kalau pesakit tak boleh nak dibawa, Mat Rempit akan ke hospital berhampiran dan akan membawa doktor dan petugas perubatan ke tempat kejadian dengan sepantas kilat.
4. Berlumba-lumba untuk solat berjemaah. Walau sibuk macam mana sekalipun, Mat Rempit tidak akan meninggalkan solat berjemaah. Dengan penguasaan track (jalan2) yang tinggi, mereka dapat mengetahui di mana kedudukan masjid dan surau dengan tepat.
5. Qiamulail. Seorang mat rempit telah terdidik untuk selalu berjaga tengah malam sehingga pagi buta. Terutama malam-malam minggu. Masjid dan surau-surau akan penuh dengan motor 125, RXZ dan lain-lain.
6. Bincang masalah umat. Kebiasaan mat rempit adalah berkumpul dahulu sebelum merempit. Semasa dalam kumpulan ini, mereka akan membincagkan masalah-masalah umat Islam, isu politik, berbincang mengenai kekuasaan Tuhan dan banyak lagi. Perbincangan mereka adalah perbincangan yang tidak sia-sia.
7. Berkawal malam. Ada sebuah hadith nabi yang mafhumnya, seorang yang ‘ribat’ ditengah malam adalah lebih baik daripada seluruh dunia dan isinya. Yang dimaksudkan dengan ribat ialah berkawal di tengah malam. Mat Rempit akan bekerjasama dengan polis untuk mengawal masalah jenayah yang sering berlaku pada tengah malam. Macam super hero lah kiranya Mat Rempit ni.
8. Menghiburkan isteri dan keluarga. Jika dulu, Mat Rempit adalah sinonim dengan Bohsia dan Bohjan. Sekarang, Mat Rempit bukan seperti yang dulu. Mat Rempit selalu meluangkan masa membawa isteri dan kadang-kadang anak-anak berjalan-jalan menaiki motor.
9. Menangkap peragut. Jiwa Mat Rempit yang suka menolong orang dalam kesusahan telah sebati. Dalam apa jua keadaanpun, seorang mat rempit selalu ‘alert’ dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya. Kes ragut yang disiarkan di dalam TV tidak akan berlaku jika Mat Rempit ada di tempat kejadian, kerana seorang mat rempit sejati akan menjadi yang pertama akan menangkap penjenayah itu.
10. Tawakkal yang tinggi. Sentiasa bezikir. Sentiasa mengingati kematian. Membaca doa keselamatan sebelum memulakan perjalanan. Ini semua adalah perkara-perkara yang seorang Mat Rempit akan lakukan ketika mula menghidupkan enjin motor hingga kembali mematikannya.
15 sebab terjadinya Kes Pembuangan BAYI~
1. Mula-mula berkenalan
2. Kemudian bercouple
3. Mula ajak berjumpa
4. Berjumpa pula di tempat sunyi
5. Mata bertentang mata turun ke hati
6. Si jejaka bermain dengan kata-kata
7. Si gadis tercair hati dengannya
8. Mula nak cuba aksi ringan-ringan
9. Bila nafsu mula kuasai, mula lupa pada tuhan & ibu bapa
10. Bila kali pertama terlanjur rasa menyesal
11. Tapi rasa tak puas nak buat lagi
12. Lama-lama jadi ketagih
13. Bila dah mengandung mula rasa takut
14. Bila perut dah membesar xtahu mana nak sembunyi
15. Akhirnya bayi yang tidak berdosa dibuang
No comments:
Post a Comment