Tersebut al-kisah zaman
dahulu kala, seorang pemuda yang sangat taat kepada perintah Allah s.w.t telah tinggal disebuah desa yang indah~ Dia terkenal dengan kejujuran dan rasa rendah
dirinya~ Pada suatu hari pemuda tersebut telah keluar bersiar-siar di sekitar kampung
halamannya, selepas kepenatan berjalan dia telah berhenti di sebatang anak
sungai untuk berehat sebentar~ Sambil dia berehat dia melihat air sungai yang
mengalir~ Lalu dia berkata “Subahanallah~ air itu sentiasa
mengalir disungai dan lautan tanpa rasa putus asa. Aku berharap untuk menjadi
sepertinya sentiasa berusaha dan berusaha tanpa cepat mengalah”
Sedang pemuda tersebut kusyuk melihat air sungai yang mengalir, tiba-tiba dia ternampak sebiji buah epal terapung dipermukaan sungai itu. Epal tersebut sedang menyusiri bersama
air sungai yang deras, lalu dia cuba mencapai untuk mengambil epal trsebut~ Setelah pemuda tersebut berjaya mengambil buah epal didalam sungai itu, tiba-tiba dia terasa perutnya
kelaparan. Dia melihat epal diambilnya itu kemerahan, merasakan ingin memakan
epal tersebut. Lalu dia mengigit epal itu. Belum sempat memakannya sehingga habis, tiba-tiba pemuda tersebut teringatkan sesuatu. Dia telah membuang epal yang baru digigitnya sedikit sahaja tadi lalu berkata “Ya Allah, aku telah
memakan buah ini tanpa meminta izin pemiliknya terlebih dahulu. Tok guru pernah
berpesanan padaku jika memakan benda tanpa meminta keizinan adalah haram. Ya
Allah, ampunilah dosa aku. Apa yang aku harus lakukan sekarang adalah mencari pemilik
epal ini untuk memberitahunya dan meminta maaf darinya~“. Permuda tersebut berasa
sangat-sangat bersalah sebab telah mengigit sebiji epal yang dikutipnya di anak
sungai~ Pemuda itu berIstifar dan berfikir sejenak. “Bagaimana aku ingin
mencari tuan punya epal ini? Em~” Dengan izin Allah s.w.t dia telah mendapat
ilham. “Baik aku berjalan menyusuri anak sungai ini~ pasti aku akan jumpa
pertunjuknya kelak~”
Permuda tu pun pergilah
menyusir anak sungai tersebut untuk mencari dimana datangnye buah epal trsebut~
Setelah lama berjalan,
akhirnya pemuda tersebut menemui sebuah ladang yng sngat indah & luas~
Ladang tersebut dipenuhi pohon-pohon epal yang kemerahan~ Pemuda itu pasti
bahawa buah epal itu telah gugur dari salah satu pohon didalamnya~
Permuda tersebut pun
pergi berjumpa dengan tuan epal itu~ Setelah meronda disekeliling ladang
akhirnya dia temui pemilik ladang tersebut.“Assalammuallaikum~ ya
tuan. Hamba adalah salah seorang hamba Allah yang hina. Hamba datang kemari
untuk memberitahu kepada tuan, bahawa hamba telah mengutip sebiji epal dari
ladang tuan yang telah jatuh di anak kesungai. Hamba telah mengambilnya lalu
mengigitnya tanpa meminta kebenaran dari tuan.”
Apabila melihat pemuda
itu, pemilik ladang itu hanya terdiam sahaja. Lalu tuan ladang itu berkata,
“Engkau telah memakan buah ini tanpa meminta keizinan, oleh itu kau harus
menerima hukuman~” Tanpa berfikir panjang,
pemuda itu bersetuju “Baiklah, jika ini yang hamba kena lakukan untuk menebus
kesalahan hamba akan lakukan kerana Allah s.w.t~” Pemilik ladang
menyambung kata-katanya, “Baiklah, engkau harus menjadi perkerja di ladang ini tanpa habuan atau bayaran sehingga aku rasa berpuas hati.” Permuda tersebut telah
terima hukuman tersebut tanpa bantahan~
Lalu pemuda tersebut
telah berkerja diladang epal tersebut tanpa diberikan bayaran~ Meskipun berkerja
tanpa gaji, dia tetap melakukan tugasnya dengan bersungguh2~ Dia tidak pernah curi
tulang, pemuda tersebut sangat rajin membuat kerja dan sangat jujur dalam
menguruskan ladang~ Kesungguhan pemuda
telah menarik perhatian pemilik ladang epal tersebut, pemilik ladang epal tersebut berasa amat kagum melihat kesungguhan pemuda tu~
Setelah sekian lama
permuda tersebut berkerja diladang tanpa diberi bayaran, lalu sesuatu hari dia telah dipanggil
pemilik ladang epal. Pemilik epal itu bekata kepada pemuda tersebut."Saya akan sudi
memaafkan kamu kerana telah memakan epal dari ladang saya tanpa kebenaran, tapi
dengan satu syarat.”
“Apa syaratnya tuan
ingin berikan pada saya ?” tanya pemuda tersebut dengan berhemah. “Kamu
mestilah menikahi dngan anak gadis saya~ Tetapi anak gadis saya itu seorang yang
buta, dia jugak seorang yang pekak dan seorang yang bisu. Sediakah kamu
mengambilnya sebagai isteri kamu ?" Permuda itu terdiam selepas pemilik
ladang berkata begitu padanya, dia pun cuba berfikir sejenak. Setelah berfikir
panjang, pemuda itu bersuara “Baiklah, saya ikhlas menerima anak gadis tuan
sebagai isteri saya, jika itu syarat tuan mahukan untuk memaafkan kesalah yang
telah saya lakukan. Biarlah dia cacat dimata manusia, tetapi disisi Allah akan
hamba jadikan dia seorang wanita yang mulia ".
Pemilik epal tersebut
agak kagum dengan jawapan yang diberikan pemuda itu~ Lalu diberkata “Jika telah
setuju, pernikahan kamu akan dijalankan secepat mungkin. Tetapi kamu tidak
dibenarkan melihat bakal isteri kamu sehinggalah pernikahan itu selesai~”
Pemuda itu bersetuju
tanpa banyak bicara. Hari berganti hari, lalu hari yang ditunggu pun tiba.
Semasa
hari pernikahan tersebut, wajah anak gadis pemilik ladang epal ditutup~ Setelah
selesai majlis akad nikah, permuda tersebut dibenarkan untuk membuka kain yng
menetupi muka gadis tersebut~
Tiba-tiba permuda tersebut
berasa amat terkejut lalu berlari keluar mendapatkan pemilik lading epal~ Dalam
keadaan yang tercungap-cungap, pemuda itu berkata kepada pemilik ladang epal “Tuan
telah salah berikan wanita kepada hamba. Tuan pernah berkata yang anak gadis
tuan itu seorang yang buta, dia jugak seorang yang pekak dan seorang yang bisu.
Tetapi apabila hamba membuka kain yang menutupi wajah wanita tersebut, hamba
melihat wajah seorang gadis yang amatlah cantik, putih bersiri & sempurna
tanpa sebarang kecacatan~”
Tersenyum pemilik epal
tersebut melihat permuda itu, lalu dia berkata kepada pemuda tersebut.~" Benar anak gadis
hamba seorang yang buta, kerana dia tidak pernah melihat lelaki lain selama ini
selain hamba seorang sahaja. Benar anak gadis hamba seorang yang pekak, kerana
dia tidak pernah mendengar fitnah serta umpatan dari orang lain~Benar anak
gadis hamba seorang yng bisu, kerana dia tidak pernah menderhaka kepada orng
tuannya iaitu hamba sendiri serta mengumpat pada orng lain~"
Tersentap hati pemuda
mendengar kata-kata pemilik ladang tersebut. Pemuda tersebut berasa amat
bersyukur. Pemuda tersebut telah hidup bahagia bersama dengan anak gadis
pemilik lading epal itu. Pemuda itu bukan sahaja dapat menebus sebiji epal,
tetapi dia juga dapat memiliki seladang pohon-pohon epal yang luas kerana
kejujurannya dan sifat tawaduknya.
kisah yang tidak asing lagi. ada isinya. =)
ReplyDeletePernah dengar cerita ni ? saya dah lupa bacanya dekat mana...tapi ceritanya memang menarik masa first time baca dulu... Sampai skarng boleh ingat, tapi xboleh ingat tajuknya...huhu (^~^)
Delete