Rasulullah saw. bersabda :
"Seseorang selalu menyombongkan dirinya sehingga ditulis termasuk golongan orang-orang yang sombong lalu menimpanya apa yang menimpa mereka."
(Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2068.)
Dari Riwayat Imam Ghazali
telah memberikan beberapa panduan untuk mengelakan sikap takbur & sombong dalam diri kita manusia. Serta semaikan sikap merendah diri dalam diri kita. Silalah membacanya
dengan teliti & renungkan dengan sebaik-baiknya :
1. Sewaktu bertemu dengan kanak2, anggaplah mereka lebih mulia kerana kanak2 belum dibebani dengan dosa. Kerana segala dosa mereka ditanggung oleh ibubapa selagi mana mereka tidak baligh~
2. Sewaktu berhadapan dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka lebìh lama beridah. Usia yang meningkat menandakan seseorang itu berada lebih lama didunia berbanding usia kita yang lebih muda~
3. Sewaktu berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu didadanya~
4. Sewaktu melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengehtahuinya~
5. Apabila berjumpa dengan orang jahat, jangan anggap mereka mulia,
tetapi katakanlah mungkin mereka akan bertaubat pada masa tuanya kelak. Sedangkan
kita belum tentu bagaimana akhirnya kehidupan kita~
6. Apabila melihat orang kafir, hormatilah mereka.
Walaupun mereka kafir, belum tentu mereka akan kafir selama-lamanya. Mungkin pada suatu hari nanti Allah akan memberikan Hidayah kepadanya untuk memeluk Islam~
No comments:
Post a Comment