Animated Cool Shiny Blue Pointer Faez blogspot: Kebahgiaan dalam hidup ini

WAKTU SOLAT

Thursday, May 17, 2012

Kebahgiaan dalam hidup ini

Pada suatu hari, seorang pemuda telah datang berjumpa dengan Tok gurunya “Guru, saya sudah bosan hidup didunia. Rumah tangga saya selalu kucar-kacir. Jiwa saya terasa kacau. Apapun yang saya lakukan selalu tak bahagia dan tenang. Saya rasa ingin mati~” Tok gurunya itu tersenyum dan menasihatinya dengan berbagai cara secara lemah lembut, namun pemuda itu tidak mempeduli kata-kata To gurunya dan bertekad untuk tetap mati agar hatinya tenang. Dengan lembut Tok guru berkata “Jadi kamu tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati?”. " Ya, pasti~" jawab pemuda itu dengan ringkas tanpa berfikir panjang~

“Baiklah, esok malam kamu akan mati. Ambillah botol ubat ini. Setengah botol diminum pada malam ini, setengah botol lagi diminum pada esok jam enam petang, dan pada jam lapan malam kamu akan mati dengan tenang.” Pemuda itu menjadi khuatir dengan kata-kata Tok gurunya itu. Selalunya Tok grunya akan memberi nasihat dan semangat untuk meneruskan kehidupan. Tetapi pada hari ini Tok gurunya kelihatan pelik, bahkan ia telah menawarkan racun padanya. Tetapi disebabkan kekacauan jiwa pemuda itu, dia telah menerima botol racun tersebut~

Apabila pulang kerumah, pemuda itu langsung tak menghabiskan setengah botol racun tersebut. Tiba-tiba dia merasakan ketenangan sebagaimana tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Begitu aman dan terasa begitu bahagia. Tinggal 1 malam, 1 hari sahaja, dan dia akan mati. Di merasakan akan terbebaskan dari segala macam masalah selepas ini.



Pada malam itu, pemuda itu telah memutuskan untuk makan malam bersama keluarganya di sebuah Restoran terkemuka. Sesuatu yang jarang-jarang berlaku selama ini. Pemuda itu berfikir ini adalah malam terakhir baginya, oleh itu dia ingin meninggalkan kenangan manis. Sambil makan, pemuda itu bergurau senda bersama keluarganya. Suasana kelihatan amat bahagia.



Keesokan harinya, pemuda itu membuka jendela kamarnya dan melihat ke luar. Sesuatu yang jarang dibuatnya dalam seharian hidupnya. Tiupan angin pagi yang nyaman telah menyegarkan tubuhnya. Pemuda itu keluar bersiar-siar sebentar sambil berjalan-jalan disekeliling rumahya. Setelah setengah jam berjalan, dia pergi berjumpa isterinya dibiliknya. Kelihatan isterinya masih tertidur. Tanpa membangunkannya, dia masuk ke dapur dan membuat 2 cawan kopi. Satu untuk dirinya dan satu lagi untuk isterinya. Pemuda merasakan itu adalah pagi terakhir buatnya, jadi dia ingin meninggalkan kenangan yang manis~ Dia telah menggerakan isterinya dengan penuh kelembutan lalu menyerah secawan kopi kepadanya. Sang isteri pun merasa pelik sekali~ 


Setibanya di pejabat, pemuda menyapa setiap orang dan bersalaman dengan setiap orang yang ada di situ. Staf-stafnya pun pelik melihatnya “Ko tak rasa pelik ke dengan Boss kita harini?” Pemuda itu merasakan siang itu adalah siang terakhir buatnya, dia ingin meninggalkan kenangan yang manis~ Tiba-tiba pemuda itu merasakan segala di sekitarnya berubah. Dia mudah ramah dengan staf-stafnya dan lebih bertoleransi.Tiba-tiba di merasakan hidup ini indah sekali dan dia mula menikmatinya. 


Tepat jam 5 petang, pemuda itu pulang dan  bertemu dengan isteri yang tercinta yang menungguinya di beranda depan. Belum sempat pemuda itu masuk, tiba isterinya datang kearahnya bersama anak-anaknya dan berkata “Sayang, aku ingin minta maaf, kalau selama ini aku selalu menyusahkan kamu.” Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, “Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, Ayah selalu tertekan dengan kenakalan kami.” Tiba-tiba pemuda itu merasakan kebahgiaan dalam hidupnya mengalir kembali. Dia merasakan hidup ini menjadi sangat indah. Secara tak langsung telah mengurangkan niatnya untuk membunuh diri. Akan tetapi pemuda itu telah meminum setengah botol racun yang diberi oleh Tok gurunya pada petang sebelumnya~ Bagaimanakah nasib dia selepas ini, adakah menunggi ajal mendatang? 


Pemuda itu pergi berjumpa Tok Gurunya. Setibanya disana, kelihatan wajah pemuda itu kelihatan gusar dan serba-salah. “Buang sahaja botol itu. Isinya adalah air biasa. Kau tidak perlukannya lagi.” rupanya Tok Guru sudah dapat meneka apa yang telah terjadi. “ Apabila kamu hidup kerana mengejar keduniaan, kamu akan rasa tidak tenang kerana nikmt dunia tidak akan habis jika dikejar. Namun apabila kamu hidup dengan merasakan bahawa kamu akan mati tidak lama lagi, dengan serta-merta, kamu akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkanlah ego dihatimu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Jadilah seorang yang lemah-lembut, selembut air yang mengalir di sungai. Dan mengalirlah ia bersama sungai kehidupan dan kebahgiaan. Kau tidak akan tidak akan rasa bosan dan tidak tenang selepas itu. Itulah rahsia kehidupan yang tenang. Itulah kunci kebahagiaan dan itulah jalan menuju ketenangan.”

Tergaman pemuda itu mendengar kata-kata Tok gurunya itu. Pemuda itu mula sedar dan insaf dengan kesilapan dirinya. Pemuda itu mengucapkan terima kasih kepada Tok Gurunya kerana telah menyedarkannya. Dia pun pulang ke rumah, dan meneruskan kehidupannya bersama keluarganya dengan bahagia~


No comments:

Post a Comment