Animated Cool Shiny Blue Pointer Faez blogspot: Hantaran & mas kahwin

WAKTU SOLAT

Wednesday, May 23, 2012

Hantaran & mas kahwin

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka ".
( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ."
( Riwayat Bukhari ).

Walaupun nilai hantaran dan mas kahwin yang mahal itu diharuskan oleh hukum Islam, namun itu bukanlah suatu yang terbaik. Dinyatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya"
( Riwayat Ibn Hibban)

Mas kahwin bukanlah satu harga atau ukuran bagi seorang wanita untuk dijadikan isteri, tetapi ianya adalah satu pemberian yang selayaknya diberikan oleh suami sebagai tanda dia rela mengambil tanggungjawab menjaganya. Kalaulah wanita itu hendak dinilai dengan harga dan perlu ditawarkan dengan mas kahwin, sudah tentu tidak ternilai dengan wang mahupun emas atau berlian~

No comments:

Post a Comment