Animated Cool Shiny Blue Pointer Faez blogspot: August 2012

WAKTU SOLAT

Tuesday, August 7, 2012

Kelebihan selawat keatas Nabi


Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:

“Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” 
(Riwayat Tabrani)

“Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib)

“Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”
(Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)


 Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).


”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.”
(Riwayat Ibnu Murdawaih)


“Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ”
(Riwayat Ibnu Majar dan Jabir)


 “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.”
(Riwayat Abus Syaikh dari Anas)


”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.”
(Riwayat Tirmizi)

Sunday, August 5, 2012

Nuzul Al-quran


Saturday, August 4, 2012

Lailatul Qadar

Diterangkan di da
lam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya yang maksudnya:Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”


Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. yang maksudnya:Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut yang maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.” 

Bukan mudah orang biasa seperti aku untuk mencari Malam Lailatul Qadar yang tepat kerana itu adalah Rahsia ALLAH SWT supaya umat manusia berusaha bersungguh mencari Malam Lailatul Qadar. Hanya ada satu Tips Pasti Berjumpa Malam Lailatul Qadar iaitu dengan beramal bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang akhir di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan Qiamulai, Berzikir, Membaca Al Quran dan Berdoa memohon keampunan dan keredhaan ALLAH SWT.

Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa kita untuk Umat dan Makhluk seluruh alam insyallah Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali~

Thursday, August 2, 2012

Wanita muslimah VS Lelaki sejati


Sebelum sesebuah keluarga dibentuk,islam telah menetapkan terlebih dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan.Rasulullah SWT melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting semata-mata didalam memilih isteri tetapi hendaklah perlu memilih yang berpegang kepada agama.

Sabda baginda yang bermaksud:
Jangan mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan.Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup.Jangan mengahwini mereka kerana harta mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Seorang sahaya yang hitam,berbibir tebal dan beragama adalah lebih baik 
(Diriwayatkan oleh Ibn majah)

Begitu juga bagi seorang wanita,jangan menjadikan pangkat dan harta semata-mata sebagai pertimbangan memilih suami,kerana pangkat dan harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan kehidupan rumahtangga.

Syurga Allah itu luas


Buatlah sekadar mampu benda baik yang menambahkan keimanan kita. Dan kita yakin bila kita buat baik Allah tak akan sia-siakannya. Kerana Allah tidak berjanji palsu~

Islam agama yang cukup mudah, pakai la seluar jean k, baju t-shirt lamban
g tengkorak, duduk atas motorsikal, tapi sekadar menyebut Subahanallah, Allah akan bayar pahala sepenuh-penuh timbangan~ (tapi pastikan pakaian tu menutup aurat sepenuhnya~)

Nak taubat, takde syarat kena naik mimbar, takde syarat kena pergi mekah dulu. Taubat jangan ditangguh-tangguh, dimana-mana sahaja boleh bertaubat. Dalam ajaran Kristian kena masuk geraja jumpa paderi dahulu untuk bertaubat dan dia akan tolong ampunkan dosa. Tapi Islam tak begitu, direct minta ampun secara ikhlas kepada Allah s.w.t, InsyAllah Allah akan ampunkan dosa kita dengan serta-merta. (UAI)

Kabaikan atau kejahatan ?


Apa yang kita pernah lakukan pada orang mahupun sahabat andai sendiri, belum tentu dia dapat membalasnya dengan perbuatan yang sama. Mungkin kita pernah berbuat jahat dengan orang, namun belum tentu dia akan balas dengan kejahatan. Jika ki
ta berbuat baik pula, belum tentu orang akan membalas kebaikan yang dilakukan.

Rambut sama hitam, namun hati lain-lain. Itulah sifat manusia, sudah menjadi lumrah dalam kehidupan didunia yang sementara ini