Animated Cool Shiny Blue Pointer Faez blogspot: Petua ceria dari Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah

WAKTU SOLAT

Monday, June 11, 2012

Petua ceria dari Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur 
3. Selalu melakukan solat sunat taubat
4. Selalu mengamalkan membaca Al-Quran
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif 
7. Programkan minda dan cuci minda setiap hari 
8. Cubalah melakukan puasa sunat – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.
9. Sering ingat kematian itu boleh berlaku pada bila-bila sahaja
10. Jaga pacaindera dari mendengar, melihat dan bercakap perkara yang tidak bermanfaat



Tambahan : 

Pada waktu malam sebelum tidur, cuba senyum, pejam mata, katakan di dalam hati 
“Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. 
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya~ 
Cubalah~ (>^,)


1 comment:

  1. Assalamualaikum w.b.t. wahh..indahnya blog ni..sudikah anda mengajar sya utk membuat blog seperti ini.?

    ReplyDelete