Maruah dan harga diri mesti dijaga dalam kehidupan setiap Muslim. Tanpa maruah dan harga diri, seseorang itu akan mudah terjebak ke kancah maksiat atau terjerumus ke lembah kehinaan.
Justeru, dalam kehidupan orang Melayu akhlaknya berteraskan kepada ajaran Islam. Melalui didikan akhlak seseorang itu akan dapat menjaga maruah dan harga dirinya. Selain itu, sifat malu menjadi separuh daripada iman yang membentengi akhlak dan maruah dirinya.
Sebagai umat Islam yang berakhlak mereka akan sentiasa menjaga maruah dan harga diri dengan menghindari perbuatan yang boleh merosakkan akhlaknya. Allah memberi peringatan yang jelas melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta dipertanggungjawabkan.” (Surah Al’Isra’: 36)
Peringatan dan ingatan ini hendaklah dijadikan panduan dalam kehidupan yang penuh cabaran ini. Kehidupan pada akhir zaman memang banyak dugaan kepada setiap orang. Hanya keimanan dan akhlak yang baik akan menjaga hati dan dirinya tidak terjebak kepada perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah dan harga diri.
No comments:
Post a Comment