Animated Cool Shiny Blue Pointer Faez blogspot: Jodoh itu rezeki Allah

WAKTU SOLAT

Sunday, June 3, 2012

Jodoh itu rezeki Allah

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga~

Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha~

Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Meskipun wanita itu seorang jutawan tak mustahil dia akan jatuh cinta kepada pemuda kampung. Itu semua kuasa Allah s.w.t, manusia tidak dapat berbuat apa-apa tanpa mendapatkan keizinannya~

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Jika tidak perolehi jodoh seperti yang diharapkan, terima sajalah takdir ini dan redhalah dengan kententuan Allah s.w.t. Kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya…

1 comment:

  1. terima kasih di ats perkongsian,.amat bermakna buat sseorng yg sdg mnaruh hati trhadap seorang insan yg lain.

    ReplyDelete