Animated Cool Shiny Blue Pointer Faez blogspot: Lailatul Qadar

WAKTU SOLAT

Saturday, August 4, 2012

Lailatul Qadar

Diterangkan di da
lam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya yang maksudnya:Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”


Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. yang maksudnya:Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut yang maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.” 

Bukan mudah orang biasa seperti aku untuk mencari Malam Lailatul Qadar yang tepat kerana itu adalah Rahsia ALLAH SWT supaya umat manusia berusaha bersungguh mencari Malam Lailatul Qadar. Hanya ada satu Tips Pasti Berjumpa Malam Lailatul Qadar iaitu dengan beramal bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang akhir di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan Qiamulai, Berzikir, Membaca Al Quran dan Berdoa memohon keampunan dan keredhaan ALLAH SWT.

Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa kita untuk Umat dan Makhluk seluruh alam insyallah Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali~

No comments:

Post a Comment