WAKTU SOLAT
Wednesday, May 16, 2012
Hargailah dengan nikmat diberikan
Suatu masa , terdapat sebatang pokok mangga yang cukup besar di hujung sebuah desa. Setiap hari seorang kanak-kanak lelaki datang bermain-main di situ. Sesekali dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan buahnya yang ranum. Ada kalanya dia berehat dpangkal pokok tersebut . Kanak-kanak lelaki itu begitu menyanyangi tempat mainannya iaitu pokok mangga tersebut~ Setiap kali dia berasa sedih dia akan pergi kebawah pokok mangga itu untuk mengadu . Pokok mangga tersebut pula gemar memujuk budak itu . Pada setiap saat mereka akan kongsi kegembiraan bersama . Budak lelaki itu sangat menyukai pokok mangga tersebut , dan pokok mangga tersebut sangat menyanyangi budak lelaki itu~
Masa berlalu, budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja . dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain disekitar pokok mangga tersebut . Namun begitu , suatu hari dia telah datang kepada pokok mangga dengan wajah yang sedih . "Marilah bermain-main di sekitar ku " ajak pokok mangga itu . "Aku bukan lagi kanak-kanak , aku tidak gemar lagi bermain dengan engkau~" jawab budak lelaki itu . "Aku mahukan permainan . Aku perlukan wang untuk membelinya~" sambung remaja itu dengan nada sedih . Lalu pokok mangga itu pun berkata " Jika begitu , petiklah mangga-mangga yang ada padaku . Jualah untuk mendapatkan wang . Dengan itu , engkau dapat membeli permainan yang engkau inginkan~" Budak remaja itu dengan gembira memetik semua buah mangga dipokok tersebut dan pergi dari situ . Dia tidak kembali lagi selepas itu . Pokok mangga cukup sedih dan hiba . Meskipun lama menati namun budak remaja tidak kembali~
Masa berlalu~
Suatu hari , remaja itu kembali . Dia sudah semakin dewasa . Pokok mangga tersebut berasa amat gembira . " Marilah bermain-main di sekitarku~" ajak pokok mangga tersebut . "Aku tiada masa untuk bermain . Aku terpaksa berkerja untuk mendapatkan wang . Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan keluargaku . Bolehkah kau menolong aku ? " tanya budak itu . " Maafkan aku, tetapi aku tidak mempunyai rumah . Namun begitu , engkau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah darinya " kata pokok mangga tersebut. Lalu budak yang telah dewasa itu memotong kesemua dahan-dahan pokok mangga tersebut . Pokok mangga tersebut tumpang gembira meskipun terasa sedikit kesakitan . Akan tetapi, setelah kesemua dahan-dahan itu dipotong , budak itu tidak menemui pokok mangga tersebut~
Pada suatu hari yang panas terik , seorang lelaki datang berteduh dibawah pokok mangga yang sudah kembali rendang . Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok mangga itu dahulu . Dia telah dewasa dan nampak matang sehingga pokok mangga tersebut tidak mengenalinya pada awalnya. "Marilah bermain disekitarku seperti dahulu~" ajak pokok mangga sebaik mengehtahui siapa lelaki itu. " Maaf , aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain di sekitarmu . Aku sudah dewasa dan aku punya tanggungjawab sendiri . Aku bercadang untuk keluar belayar. Tetapi malangnya aku tidak mempunyai kapal . Bolehkah engkau membantuku ? " pinta lelaki itu . " Aku tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan . Tetapi engkau boleh memotong batangku ini untuk dijadikan sebuah bot kecil . Dengan ini engkau akan dapat belayar meskipun hanyalah sebuah botyang kecil " cadang pokok mangga tersebut . Lelaki itu merasa amat gembira lalu dia menebang pokok mangga tersebut . Kemudian dia pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak pernah kembali semula ke tempat itu .
Berpuluh-puluh tahun kemudian , pokok mangga yang dahulunya gagah perkasa kini hanyalah sebuah punggur , iaitu kelihatan sudah mereput dan hampir kesemuanya daun-daun keguguran. Lalu suatu hari pokok mangga tersebut ternampak seorang lelaki tua berjalan menuju kearahnya. Setelah diamati dan direnungkan, barulah pokok mangga tersbutt mengenali bahawa lelaki tua itu adalah budak yang pernah bermain di bawah pohonnya dahulu. " Maafkan aku . Aku tidak mempunyai apa-apa lagi untuk diberikan kepada engkau . Aku telah berikan buahku untuk engkau menjualnya , aku telah berikan engkau dahanku untuk engkau membina rumah dan aku telah berikan engkau batangku untuk engkau membuat perahu . Kini yang tinggal hanyalah tunggul dengan akar-akar yang hampir mereput mati~ " kata pokok mangga dengan nada pilu .
Lelaki tua itu menjawab " Aku tidak mahu buahmu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya , aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah terlalu tua tidak terdaya untuk memotongnya . Aku juga tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk berlayar lagi . Aku cuma berasa penat dan ingin sekali berehat disisi mu~"
Pokok mangga itu berasa terharu lalu berkata " Jika begitu sandarkalah tubuhmu pada punggurku~" Lalu lelaki tua itu menyandarkan bandarnya pada pokok mangga tersebut . Terasa begitu indah sekali pada saat itu dan kedua-duanya menangis kegembiraan .
Bayangkan pokok mangga itu adalah ibu bapa kita . Semasa kita masih muda , kita suka bermain dengan mereka . Apabila meningkat remaja , kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan kehidupan . Kemudian kita akan tinggalkan mereka dan hanya kembali apabila memerlukan pertolongan , terutama ketika dilanda kesusahan . Namun begitu , mereka tetap membantu kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira . Hargailah dan sayangilah ibu bapa . Jangan hanya mengunjungi mereka semasa susah dan melupakan mereka tatkala senang . Apalah faedahnya merayakan Hari Ibu atau Hari Bapa jika mereka di ingati hanya setahun sekali~
By Faezuddin~ ('',)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment