SMS dikirim menggantikan surat~
Tibalah masa janji diikat~
Membuat temujanji di suatu tempat~
Di suatu taman yang indah lagi memikat~
Tatkala berjumpa tangan pun berjabat~
Rindu dihati kini terasa dirawat~
Mata bertentang mata dan mula terpikat~
Hati berdegup bertambah hebat~
Umpama turunnya guruh berdentum hujan yang lebat~
Iman dan nafsu mula berperang hebat~
Tidak tertanggung kasih melarat~
Hendak dicanang cinta yang tersemat~
Cinta yang diganding dengan nafsu syahwat~
Mula-mula duduk rapat-rapat~
Semakin lama semakin erat~
Kini pangkuan semakin rapat~
Datangnya syaitan bertambahlah sesat~
Agungnya sebuah cinta tidak bertempat~
Tiada diingat perintah Allah serta pada malaikat~
Pesanan Ayah serta bonda juga dilupakan sesaat~
Apatah pula pada pencegah maksiat~
Wahai sahabat sedarlah cepat~
Sesungguhnya dunia ini terlalu singkat~
Ayuhlah kita mencari rahmat~
Janji Allah segera disemat~
Ingatlah agama tidak menghalang cinta sejagat~
Kerana itulah nikah disunat~
Agar fitrah manusia dibimbing bertempat~
Mencari kebahgiaan dan peroleh berkat~
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga.”
(at-Tirmidzi)
(at-Tirmidzi)
Huraian Hadith~
1. Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya. 2. Khalwat yang diharuskan oleh Islam adalah khalwat dalam ertikata ‘mengasingkan diri daripada orang ramai untuk tujuan beribadah kepada Allah S.W.T’ sepertimana yang berlaku pada Rasulullah s.a.w. yang berkhalwat di Gua Hira’. Baginda menjauhkan diri daripada masyarakat jahiliyah untuk melakukan ibadah kepada Allah. 3. Syaitan merupakan makhluk yang bijak. Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya. |
No comments:
Post a Comment