Animated Cool Shiny Blue Pointer Faez blogspot: May 2012

WAKTU SOLAT

Thursday, May 31, 2012

Zikir Harian


JUMAAT

يَا الله

SABTU

لاَ اِلَـٰـهَ اِلاَّ الله

AHAD

يَا حَيُّ يَا قَيُّوم

ISNIN

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

SELASA

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ

RABU

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ

KHAMIS

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِے سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ

Buktikan

Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.

Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.

Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.

2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.

3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.

4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.


5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.

6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.

7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.


8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.

9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah..

Wednesday, May 30, 2012

Facebook

Kebaikan Facebook :

1. Untuk meningkatkan hubungan kawan dan keluarga.
2. Untuk menemukan keluarga, saudara, kerabat yang berdaftar
3. Sebagai media perbincangan, media dakwah, tukar maklumat dan mengajak kebaikan.
4. Sebagai alat iklan berbaris percuma dengan cara posting maupun iklan berbayar yang telah disediakan.
5. Sebagai media promosi kempen pilihanraya.
6. Membina komuniti tertentu, seperti Sekolah, pelajar, bekas pelajar, jabatan, university dan sebagainya
7. Melatih berkomunikasi, melatih menulis, mengeluarkan pendapat, idea dan sebagainya.
8. Untuk peti simpanan foto kenangan mengikut kategori dan juga boleh di kongsi sesame rakan foto berkenaan
9. Boleh memasang beberapa aplikasi di laman facebook kita
10. Boleh membina page tambahan pada akaun facebook kita dan ia lebih mesra seo
11. Boleh di guna untuk sebaran berita, artikel agama, maklumat dan sebagainya


Keburukan FaceBook :

1. Mengurang produktiviti pekerja, jika pekerja asyik main FB semasa kerja.
2. Kurang perhatian terhadap keluarga, dan anak-anak, jika ibu atau bapa selalu buka facebook dalam masa yang lama.
3. Berinteraksi secara bersemuka diganti dengan interaksi secara online melalui FB. Dan ini mengurangkan kemesraan antara kita.
4. Batasan hal peribadi mungkin akan di luah secara bebas dan kadang tu melanggar hak masyarakat dan sensitiviti suatu masyarakat dan kaum.
5. Mudah tersebarnya maklumat penting yang tidak semestinya di tulis pada FB,
6. Bahan lucah mudah di sebar melalui gambar atau bahan cetakan
7. Banyak masa terbuang akibat penggunaan yang tidak manafaat

Kata-kata dari Ustaz

Koleksi Mutiara Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus~ (^^,)

1. Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
2. Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
3. Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
4. Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
5. Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
6. HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.
7. Istikharah – Bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya.
8. Perkahwinan paling berkat – Yang paling murah mas kahwin paling murah belanja.
9. RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belaker, serba-serbi reti (agama dll)
10. HARAM wat menantu yang tidak solat walaupun sah nikah. Tinggal 1 waktu 6 ribu tahun bakar dalam neraka.
11. Lelaki soleh digalkkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh
12. Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh tapi bukan dalam keadaan khalwat. (cth depan mak dia)
13. Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok.
14. Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple lepas.
15. Yang dah tunang bawa tunang gi jalan-jalan boleh tapi kena bawa mak ayang dia sekali.
16. Kalau dah berkenan, pergi ke rumah merisik dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin

Tuesday, May 29, 2012

Takdir


Rezeki itu datangnya dari Allah~

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
(Al-Baqarah 2:22)

Namun manusia harus juga berusha untuk mencarinya~

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya
( Ar-Rad : 11 )

Selebihnya terserah kepada takdir Allah~

Dan ketika mereka masuk menurut arah yang diperintahkan oleh bapa mereka, tidaklah perintahnya itu dapat menyelamatkan mereka dari apa yang telah ditakdirkan oleh Allah sedikitpun, tetapi yang demikian itu hanyalah melahirkan hajat yang terpendam dalam hati Nabi Yaakub. Dan sesungguhnya ia orang yang berilmu, kerana kami telah mengajarnya (dengan perantaraan wahyu); tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (akan rahsia takdir Tuhan).
(Yusuf 12:68)

Yakinlah dengan takdir Allah s.w.t~

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).
(Ar-Ruum 30:25)

Dan Ingatlah Allah selalu tentukan takdir yang sempurna untuk umatnya~

Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya; dan Dia lah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.
(Al-Furqaan 25:2)

Monday, May 28, 2012

Cermin diri-sendiri



Pepatah melayu ada mengatakan 


'Sebelum tegur salah orang, tegurlah diri sendiri dulu' 



Daripada Abu Hurairah r. a, bahawasanya Rasullullah SAW telah bersabda, maksudnya: 


"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." 


(H. R. Muslim)


Imam Hasan Al Bashri dalam kalamnya (ucapannya) menyebutkan

“Engkau tidak akan memperoleh hakikat iman selama engkau mencela seseorang dengan sebuah aib yang ada pada dirimu sendiri. Perbaikilah aibmu, baru kemudian engkau perbaiki orang lain. Setiap kau perbaiki satu aibmu, maka akan nampak aib lain yang harus kau perbaiki. Akhirnya kau sibuk memperbaiki dirimu sendiri. Dan sesungguhnya, hamba yang paling dicintai Allah adalah dia yang sibuk memperbaiki dirinya sendiri”


Allah juga telah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 12 bermaksud~

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujurat:12)

Kesimpulannya, tanyalah pada diri sendiri…(' ',)


Sunday, May 27, 2012

Doa Taubat

Biarlah kita dibenci mata manusia~
Namun jangan dibenci dimata Allah~
Biarlah kita dihina meskipun telah bertaubat~
Kerana ganjaran di Syurga tidak dinilai oleh manusia

Selalulah bertaubat setiap hari~
Jangan fikir kebaikan yang kita lakukan sudah mencukupi~
Meskipun beribu tahun beribadat~
Jika tidak di Izinkan Allah nescaya tiada Syurga bagi kita~

Azab kematian akan kujung tiba tanpa diduga~
Oleh itu bersegeralah bertaubat~
Jangan tunggu malapetaka tiba~
Baru nak bentang sejadah untuk mohon keampunan~


Doa Taubat (Astaghfirullah)


Saturday, May 26, 2012

Perempuan yang beriman

Dalam Surah An-Nur~ bermula ayat 31 yang menyatakan, Allah S.W.T telah berfirman :

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya

Memilih pasangan

Rasulullah SAW bersabda :

"Perempuan itu dikawini atas empat perkara, yaitu: karena hartanya, karena keturunannya,karena kecantikannya, atau karena agamanya. Akan tetapi, pilihlah berdasarkan agamanya agar dirimu selamat." 
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Satu informasi yang baca dari seorang ustaz dari Indonesia. Beliau menulis dalam artikel beliau, untuk memilih wanita yang beragama :

1. Lihat caranya berpakaian dan berias, adakah sesuai dengan hukum Islam
2. Lihat sikapnya dengan orang ramai, adakah mudah mesra dengan semua orang ( iaitu dengan kanak2 mahupun orang tua )
3. Lihat cara pergaulannya, adakah dia mudah bergaul dengan lelaki bukan mahram ataupun tidak
4. Lihat hubungannya dengan kedua orang tuanya, adakah dia hormati kepada ibu bapanya
5. Melihat ketaatannya kepada agama, adakah dia melakukan semua perintah Allah dan meninggalkan larangannya
6. Lihat ilmu pengatahuannya, adakah dia amalkan ilmu yang dipelajari ( meskipun hanya sedikit sahaja yang dia tahu )
7. Lihat tingkah lakunya, adakah dia seorang yang sentiasa bertenang jika menghadapi masalah
8. Lihat sifat kesabaran, adakah dia akan sabar dalam mendidik anak-anak kelak

Friday, May 25, 2012

Terbaik didunia


Adakah kita sedar dengan nikmat Allah S.W.T telah berikan kepada kita ? Adakah kita menggunakannya sebaik mungkin dalam mengejarkan kebaikan...



Kita manusia umpama boneka, tanpa izin Allah kita xakan mampu berbuat apa2~

Ada orang yang mempunyai mata, tapi xdapat melihat~
Ada orang yang mempunyai telinga, tapi xdapat mendengar~
Ada orang yang mempunyai mulut, tapi xdapat bercakap~
Ada orang yang mempunyai kaki, tapi xdapat berjalan~
Ada orang yang mempunyai otak, tapi xdapat berfikir~

Bersyukurlah dengan setiap nikmat Allah yg telah dikurniakan kepada kita. Jika anda faham dengan apa yg disampaikan, menandakan Allah telah mengurniakan otak yang boleh berfikir kpd anda~
 

Percintaan selepas pernikahan

Syaitan ketawa apabila anda bercinta SEBELUM nikah.

Tapi...

Syaitan menangis apabila anda bercinta SELEPAS nikah.

Jadi pilihlah cinta SELEPAS bernikah. Kenapa? Kerana ia cinta yang suci. Diikat dengan ikatan sehidup semati.

Wahai lelaki, jangan sekali-kali kamu menyentuh wanita yang bukan mahrammu kerana ia satu penghinaan kepadanya. Jadilah kamu LELAKI SOLEH, aman dunia~

Wahai wanita pula, jangan sekali-kali kamu biarkan dirimu itu dihina. Kamu kan ada kuasa menolak. Jadilah insan yang bermaruah dan sebaik-baik perhiasan dunia~

"Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih & sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih & sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih & sayang. Dan apabila seorang suami memegangi jemari isterinya (dengan kasih & sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya." (HR. Abu Sa'id)

NIKAH itu kan SUNNAH, so nikahlah.

NO couple, YES nikah...(^^,)

Thursday, May 24, 2012

Perkara Sunat di hari Jumaat

Bab kelebihan Jumaat
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة
 أَنَّ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فِيهِ
خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا
وَلا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلا فِى يَومِ الْجُمُعَةِ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Hari yang paling baik, disitu terbit matahari ialah hari Jumaat
Di hari Jumaat Adam diciptakan Tuhan,
dan di hari Jumaat Adam a.s. dimasukkan ke dalam syurga
dan di hari Jumaat pula Adam a.s.dikeluarkan dari syurga
dan tidak berlaku kiamat kecuali pada hari Jumaat."
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab saat yang baik berdoa ketika Jumaat
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة
 عَنِ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَنَّهُ قَالَ إِنَّ فِى الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لا يُوَا فِقُهَا مُسْلِمٌ
يَسْأَلُ اللهَ فِيْهَا خَيْرًا إِلا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ
قَالَ وَهِىَ سَاعَةٌ خَفِيفَةُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasululullah s.a.w. :
"Sesungguhnya dalam solat Jumaat itu pada satu saat
yang tiap-tiap orang muslim berdoa bertepatan dengan saat itu
nescaya akan diperkenankan doanya."
Katanya : "Saat itu sangat pendek."
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab waktu mustajab doa di hari Jumaat
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ اَنَّ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
ذَكَرَ يَوْمَ الْجُمْعَةِ فَقَالَ فِيْهِ سَاعَةٌ لا يُوَا فِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ
وَهُوَ يُصَلِّى يَسْألُ اللهَ شَيْئًا اِلا أَعْطَاهُ اِيَّاهُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyebut tentang hari Jumaat, baginda bersabda
"Di hari Jumaat ada satu saat (waktu) kalau bertepatan dengan muslim
yang mengerjakan solat, dia memohon sesuatu kepada Allah
melainkan dipenuhi permintaanya
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab mandi sebelum Jumaat
عَنْ عَبدِاللهِ قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 يَقُولُ إِذَا أَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْتِىَ الْجُمُعَةَ فَلْيَغْتَسِلْ
Dari Abdullah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila salah seorang hendak menghadiri solat Jumaat,
maka hendaklah ia mandi lebih dahulu
Hadis sahih riwayat Muslim


Bab wajib mandi di hari Jumaat
عَنْ أَبِى سَعِيدٍ الْخُدْرِى أَنَّ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ الْغُسْلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ
Dari Abu Sa;id al Kudri katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Mandi pada hari Jumaat, hukumnya wajib ke atas orang-orang yang baligh."
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab perintah Allah mandi
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
 عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 قَالَ حَقٌّ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
أَنْ يَغْتَسِلَ فِي كُلِّ سَبْعَةِ أَيَّامٍ يَغْسِلُ رَأْسَهُ وَجَسَدَهُ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Perintah Allah kepada setiap orang Islam,
mandi pada setiap tujuh hari, dibasuh kepalanya  dan badannya."
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab pahala datang awal di hari Jumaat
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة
 أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
 مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ
  ثُمَّ رَاحَ فَكَانَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً 
وَمَنْ رَاحَ فِى السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ فَكَانَّمَا قَرَّبَ بَقْرَةً
 وَمَنْ رَاحَ فِى السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَانَّمَا قَرَّبَ كَبْشًاأَقْرَن
 وَمَنْ رَاحَ فِى السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ  فَكَانَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً
  وَمَنْ رَاحَ فِى السَّاعَةِ الْخًامِسَة فَكَانَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً
 فَاِذَا خَرَجَ الا مَامُ حَضَرَتِ
 الْمَلائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Barang siapa yang mandi pada hari Jumaat serupa mandi junub,
kemudian berpagi-pagi ia pergi ketempat Jumaat,
pahalanya serupa dengan berkorban dengan seekor unta gemuk;
dan yang pergi pada jam kedua, pahalanya seakan-akan pahala berkorban seekor sapi;
dan yang pergi jam tiga, pahalanya seperti berkorban seekor domba;
dan yang pergi jam keempat, pahalanya seperti berkorban seekor ayam;
dan yang pergi pada jam lima, pahalanya seperti berkorban sebiji telur;
maka apabila datang imam, datanglah pula Malaikat-Malaikat untuk mendengarkan khutbah
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab diam ketika khutbah
 عَنْ أَبِى هُرَيْرَة أَخْبَرَهُ أَنَّ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
 إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِلَ أَنْصِتْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ
وَالامَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Kalau engkau berkata kepada kawanmu, "Diamlah!"
sedang imam lagi berkhutbah, maka sesungguhnya perkataan itu
menghilangkan pahala Jumaat."
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab perkara yang dituntut di hari Jumaat
عَنْ عَبْدِالرَّحْمنِ بْنِ أَبِى سَعِيْدٍ الْخُدْرِى عَنْ أَبِيهِ أَنَّ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ غُسْلُ يَوْمِ الْجُمُعَةِ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ وَسِوَاكٌ
وَيَمَسُّ مِنَ الطِّيبِ مَا قَدَرَ عَلَيْه
Dari Abdurrahman bin Abu Sa'id alKudri r.a. daripada bapanya, katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Tiap-tiap orang yang telah baligh, disuruh mandi tiap-tiap hari Jumaat
membersihkan gigi dan memakai harum-haruman yang ada padanya."
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab hari besar Umat Islam
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
 قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 نَحْنُ الْآخِرُونَ وَنَحْنُ السَّابِقُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
 بَيْدَ أَنَّ كُلَّ أُمَّةٍ أُوتِيَتْ الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا
 وَأُوتِينَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ ثُمَّ هَذَا الْيَوْمُ الَّذِي كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْنَا
 هَدَانَا اللَّهُ لَهُ فَالنَّاسُ لَنَا فِيهِ تَبَعٌ الْيَهُودُ غَدًا وَالنَّصَارَى بَعْدَ غَدٍ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Kita adalah orang-orang yang terakhir di dunia dan kita orang-orang
yang terdahulu di hari kiamat. Bahkan setiap umat diberi kitab
adalah sebelum kita, dan kita diberi kitab sesudah mereka.
Kemudian berkenaan hari ini (Jumaat) yang telah ditentukan
Allah untuk kita, telah ditunjukkan Allah kepada kita.
Sebab itu orang lainmenjadi pengikut (di belakang) kita
Kaum Yahudi besoknya (Sabtu) dan kaum Nasrani lusa (Ahad)
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab meninggalkan solat Jumaat membutakan hati
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ عُمَرَ وَأَبِى هُرَيْرَةَ حَدَّثَاهُ
أَنَّهُمَا سَمِعَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْل
 عَلَى أَعْوَادِ مِنْبَرِهِ لَيَثْمِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ
 أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلَى قُلُو بِهِمْ
ثُمَّ لَيَكُونُنَّ مِنَ الغَافِلِيْنَ
Dari Abdullah bin 'Umar dan Abu Hurairah r.a. :
"Kedua-duanya mendengar sabda Rasulullah s.a.w. ketika beliau berkhutbah
di atas mimbar, katanya :
"Janganlah diulangi lagi oleh kaum-kaum yang suka meninggalkan solat Jumaat
kerana siapa yang kerap kali meninggalkannya,
nescaya Allah akan membutakan hati mereka
dan mereka akhirnya menjadi orang yang tidak memperdulikan kebenaran."
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab solat sunat selepas Jumaat
عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمُ الْجُمُعَةَ فَلْيُصَلِّ بَعْدَهَا أرْبَعًا
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila telah selesai salah seorang dari kamu
dari mengerjakan sembahyang Jumaat, maka hendaklah ia solat sunat empat rakaat"
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab kelebihan solat Jumaat
عَنْ أبِى هُرَيْرَةَ عَنٍِ
النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ مَنِ اغْتَسَلَ ثُمَّ أَتَى الْجُمْعَةَ فَصَلَّى مَا قُدِّرَلَهُ
ثُمَّ أَنْصَتَ حَتَّى يَفْرُغَ مِنْ خُطْبَتِهِ
ثُمَّ يُصَلِّى مَعَهُ غُفِرَلَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمًعَةِ
الاخْرَى وَفَضْلِ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Barang siapa mandi dan kemudian pergi solat Jumaat kemudian
solat sunat sekuasanya, kemudian mendengar khutbah,
kemudian solat bersama-sama imam, nescaya Allah
akan mengampuni dosa-dosanya antara dua Jumaat dan
ditambah tiga hari lagi"
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab ayat yang dibaca Nabi s.a.w.
عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ
 كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 يَقْرَأُ فِي الْعِيدَيْنِ وَفِي الْجُمُعَةِ بِسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى
 وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ قَالَ وَإِذَا اجْتَمَعَ الْعِيدُ وَالْجُمُعَةُ
 فِي يَوْمٍ وَاحِدٍ يَقْرَأُ بِهِمَا أَيْضًا فِي الصَّلَاتَيْنِ
Dari Nu'man bin Basyir r.a. katanya :
"Adalah Rasulullah s.a.w. membaca dalam sembahyang dua hari raya
dan dalam sembahyang Juma'at akan ayat
سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى
dan ayat
هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ
Apabila sembahyang hari raya dan sembahyang Jumaat bertemu
dalam satu hari, beliau juga membaca kedua ayat tadi dalam
kedua-dua sembahyang itu
Hadis sahih riwayat Muslim
Bab membaca surah Qaf  hari Jumaat
عَنْ أُخْتٍ لِعَمْرَةَ قَالَتْ
 أَخَذْتُ ق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ مِنْ فِي رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَهُوَ يَقْرَأُ بِهَا عَلَى الْمِنْبَرِ فِي كُلِّ جُمُعَةٍ
Dari saudara perempuan 'Amran r.a. katanya :
"Saya menerima ayat ق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ
dari mulut Rasulullah s.a.w. sendiri di hari Jumaat,
sedang beliau membaca ayat itu di atas mimbar
setiap hari Jumaat
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab sembahyang tahiyyatul masjid
عَنْ عَمْرٍو سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ
 دَخَلَ رَجُلٌ الْمَسْجِدَ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَقَالَ أَصَلَّيْتَ قَالَ لَا قَالَ قُمْ فَصَلِّ الرَّكْعَتَيْنِ
Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya :
"Seorang lelaki masuk ke dalam masjid, ketika Rasulullah s.a.w.
sedang berkhutbah di hari Jumaat di hari Jumaat.
Lalu Nabi s.a.w. bertanya :
"Apakah engkau telah sembahyang ?" Dia menjawab: "Belum!"
Nabi s.a.w. berkata : " Berdirilah dan sembahyang dua rakaat !."
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab mengajar dalam berkhutbah
قَالَ أَبُو رِفَاعَةَ انْتَهَيْتُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 وَهُوَ يَخْطُبُ قَالَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ
رَجُلٌ غَرِيبٌ جَاءَ يَسْأَلُ عَنْ دِينِهِ لَا يَدْرِي مَا دِينُهُ
 قَالَ فَأَقْبَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 وَتَرَكَ خُطْبَتَهُ حَتَّى انْتَهَى إِلَيَّ فَأُتِيَ بِكُرْسِيٍّ حَسِبْتُ قَوَائِمَهُ حَدِيدًا
 قَالَ فَقَعَدَ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 وَجَعَلَ يُعَلِّمُنِي مِمَّا عَلَّمَهُ اللَّهُ ثُمَّ أَتَى خُطْبَتَهُ فَأَتَمَّ آخِرَهَا
Dari Abu Rifa'ah katanya :
"Saya sampai dekat Nabi s.a.w. dan beliau sedang berkhutbah
Saya berkata : " Ya Rasulullah ! Seorang yang baru datang
hendak menanyakan tentang agamanya, kerana dia tidak tahu
tentang agamanya. Lalu Rasulullah s.a.w. datang kepada saya dan
menghentikan khutbahnya sehingga sampat dekat saya
Lalu dibawa sebuah kerusi, saya menduga kakinya dari besi,
Rasulullah s.a.w. duduk di atas kerusi itu dan mengajarkan
kepada saya apa yang diajarkan Allah kepada beliau.
Kemudian beliau kembali menyambung khutbahnya
sampai cukup ke akhirnya."
Hadis sahih riwayat Muslim

Bab khutbah sebaiknya ringkas
عَنْ عَمَّارٌ قَالَ
قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
  إِنَّ طُولَ صَلَاةِ الرَّجُلِ وَقِصَرَ خُطْبَتِهِ مَئِنَّةٌ مِنْ فِقْهِهِ
 فَأَطِيلُوا الصَّلَاةَ وَاقْصُرُوا الْخُطْبَةَ وَإِنَّ مِنْ الْبَيَانِ سِحْرًا
Dari 'Amar r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya panjang sembahyang dan ringkas cukup khutbahnya adalah
tanda dia seoseorang yang faham. Sebab itu, panjangkanlan
sembahyang dan ringkaskan khutbah! Sesungguhnya di antara yang terang
itu ada kepalsuan
Hadis sahih riwayat Muslim

Ketabahan hati & Iman



Antara sifat mazmummah yang menghilangkan bahagia di
hati :



1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.

5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis juga~

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.

9. Cinta dunia - merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Wednesday, May 23, 2012

Hantaran & mas kahwin

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka ".
( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ."
( Riwayat Bukhari ).

Walaupun nilai hantaran dan mas kahwin yang mahal itu diharuskan oleh hukum Islam, namun itu bukanlah suatu yang terbaik. Dinyatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya"
( Riwayat Ibn Hibban)

Mas kahwin bukanlah satu harga atau ukuran bagi seorang wanita untuk dijadikan isteri, tetapi ianya adalah satu pemberian yang selayaknya diberikan oleh suami sebagai tanda dia rela mengambil tanggungjawab menjaganya. Kalaulah wanita itu hendak dinilai dengan harga dan perlu ditawarkan dengan mas kahwin, sudah tentu tidak ternilai dengan wang mahupun emas atau berlian~

Jodoh Buatku

Sila baca komik ini dari sblah kiri & kebawah dahulu, seterusnya 
baru sebelah kanan~ Syukran jazilan...(^^,)

Kita semua percaya jodoh kita memang telah ditetapkan dan ditentukan~ Namun jika hanya percaya tanpa ada usaha memang tak berjodoh la jawabnya. Jadi USAHA adalah sebenarnya yang diperlukan untuk merealisasikan impian memiliki sebuah keluarga, bukan hanya berpegang kepada Jodoh semata2.

Sebut pasal USAHA, memang ramai muslimin dan muslimat kita menganggap semua usaha untuk mendapatkan Jodoh itu adalah sebagai menghampiri zina. Memang hampir semua usaha berkaitan dengan jodoh ini melibatkan zina2 kecil bahkan boleh menjadi besar namun tak semua jenis usaha itu tergolong dalam kumpulan zina kecil dan besar tersebut.

Sebagai contoh, untuk yang lelaki, apabila ingin mengenali seseorang wanita itu, boleh menggunakan orang tengah yang terdiri daripada ahli keluarga wanita itu sendiri terutama parent or abg n kakak mereka untuk bertanya lebih lanjut berkaitan dengan wanita tersebut. Seterusnya orang tengah tersebut yang akan memberitahu sendiri kepada wanita terbabit bahawa lelaki ini ingin berkenalan~ 

Contoh untuk wanita pula, tak salah untuk memberi sedikit hint2 atau clue (seperti senyum tersipu2 pabila tertembung, cubaan mengelak pandangan diikuti nyuruk diblakang badan kawan pastu curi2 nengok dan apa2 yang sewaktu dengannya) untuk si dia memahami sedikit perasaan anda secara tersirat. Perlu diingatkan, hint tersebut perlulah diberi ketika tidak ramai orang yang berhampiran dengan anda dan hint tersebut bukanlah “jawapan” bagi perasaan anda kepadanya, ianya hanyalah sekadar hint, atau clue sahaja (jangan berlebih sudah la ). Cukuplah sekadar memberikan sedikit perlakuan tersirat~

Setelah berusaha, ingatlah kepada ungkapan ini~

SEKUAT mana kita SETIA~

SEHEBAT mana kita MERANCANG~

SEJAUH mana kita MENUNGGU~

SEKERAS mana kita BERSABAR~ 

SEJUJUR mana kita MENERIMA DIRINYA~
Jika ALLAH Telah Menulis Jodoh buat kita~
Kita Tetap Tidak Akan Bersama~
Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang~
Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t.~