Animated Cool Shiny Blue Pointer Faez blogspot: Wanita muslimah VS Lelaki sejati

WAKTU SOLAT

There was an error in this gadget

Thursday, August 2, 2012

Wanita muslimah VS Lelaki sejati


Sebelum sesebuah keluarga dibentuk,islam telah menetapkan terlebih dahulu pertimbangan dalam mencari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan.Rasulullah SWT melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting semata-mata didalam memilih isteri tetapi hendaklah perlu memilih yang berpegang kepada agama.

Sabda baginda yang bermaksud:
Jangan mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan.Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup.Jangan mengahwini mereka kerana harta mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Seorang sahaya yang hitam,berbibir tebal dan beragama adalah lebih baik 
(Diriwayatkan oleh Ibn majah)

Begitu juga bagi seorang wanita,jangan menjadikan pangkat dan harta semata-mata sebagai pertimbangan memilih suami,kerana pangkat dan harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan kehidupan rumahtangga.

No comments:

Post a Comment